free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday 22 July 2011

TIPS CEMERLANG MATEMATIK

  1. Pendedahan dengan soalan bertaraf peperiksaan sejak diperingkat awal
  2. Ulangkaji dengan membuat latih tubi soalanpeperiksaan tahun lepas secara berulang ulang.
  3. Mengetahui format soalan dengan baik.
  4. perlu tahu soalan mana perlu didahulukan dan soalan mana yag harus dikemudiankan untuk dijadikan medan latihan.
  5. Perlu tahu bahawa soalan peperiksaan sebenar hanya dipusing-pusing sedikit sahaja dari sebelumnya.
  6. perlu persediaan dan pendedahan tentang teknik menjawab soalan peperiksaan sejak dari awal.

KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

Salah pemahaman tentang konsep matematik perlu dipandang berat oleh guru-guru dan juga ibubapa. Ini kerana pemahaman pertama murid-murid selalunya akan terus kekal dikotak memori mereka dan sukar diperbetulkan melainkan dengan tunjuk ajar yang berterusan.
memahami konsep dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik matematik dengan lebih jelas, mudah dan akan dapat mengelakkan daripada salah pengkongsepsian. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan pelaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan teratur. Tiada jalan pintas yang akan sampai ke kemuncak kecemerlangan matematik di kalangan pelajar. Malah sebaliknya merupakan jalan mati yang akan menghumbankan pelajar ke dalam gaung kebuntuan, kebencian, kebimbangan dan keresahan.
Para bakal pendidik matematik seharusnyaberusaha menyiapkan dan memperkemaskan diri dengan segala keperluan (pengetahuan pedagogi dan psikologi) sebelum bertemu dengan anak-anak didik masing-masing. Sekolah seharusnya dijadikan 'medan pendidikan' dan mewujudkan suasan pembelajaran melibatkan keselurahan kawasan. 

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK

  1. Minat dan suka akan matapelajaran matematik haruslah ada dalam diri seseorang
  2. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik merupakan prinsip utama dalam matematik.
  3. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin yang kuat.
  4. Azam dan kemahuan untuk menjadi hebat dalam matematik