free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday 22 July 2011

KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

Salah pemahaman tentang konsep matematik perlu dipandang berat oleh guru-guru dan juga ibubapa. Ini kerana pemahaman pertama murid-murid selalunya akan terus kekal dikotak memori mereka dan sukar diperbetulkan melainkan dengan tunjuk ajar yang berterusan.
memahami konsep dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik matematik dengan lebih jelas, mudah dan akan dapat mengelakkan daripada salah pengkongsepsian. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan pelaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan teratur. Tiada jalan pintas yang akan sampai ke kemuncak kecemerlangan matematik di kalangan pelajar. Malah sebaliknya merupakan jalan mati yang akan menghumbankan pelajar ke dalam gaung kebuntuan, kebencian, kebimbangan dan keresahan.
Para bakal pendidik matematik seharusnyaberusaha menyiapkan dan memperkemaskan diri dengan segala keperluan (pengetahuan pedagogi dan psikologi) sebelum bertemu dengan anak-anak didik masing-masing. Sekolah seharusnya dijadikan 'medan pendidikan' dan mewujudkan suasan pembelajaran melibatkan keselurahan kawasan. 

No comments:

Post a Comment